Thursday 8 March 2012

MAJLIS MINUM PETANG BERSAMA PENGETUA DAN SAMBUTAN HARI LAHIR ASPURI FEBRUARI

Pada 8 Mac 2012 ASPURI SMKIS telah mengadakan Majlis Minum Petang bersama Tuan Pengetua, Hj. Zolkaply bin Yunus serta Sambutan Hari Lahir pelajar ASPURI bulan Februari. Majlis tersebut telah dihadiri oleh Tn. Pengetua, GPK HEM, En Zaid bin Taib, Ketua Warden, En. Ghazali bin Husain, Warden serta semua pelajar ASPURI SMKIS. Majlis tersebut telah bermula pada pukul 3.45 petang dengan ucapan aluan pengerusi Majlis serta bacaan doa. Majlis diteruskan lagi dengan ucapan dari Tn. Pengetua, Hj. Zolkaply bin Yunus serta majlis penyampaian hadiah bagi pertandingan Nasyid yang telah diadakan pada 3 Mac 2012. Selepas itu, Johan pertandingan nasyid 2012 telah membuat persembahan. Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada  pelajar yang menyambut hari lahir pada bulan Februari serta acara pemotongan kek dan jamuan.
Ucapan aluan pengerusi majlis


ucapan dari Tuan Pengetua



Penyampaian hadiah pertandingan nasyid





tempat ke3: kump form 3

Naib johan : kump form 5

Johan : Kump form 3

Persembahan dari Johan Nasyid : Alhamdulillah

Penyampaian cenderahati hari lahir




Pemotongan kek


No comments:

Post a Comment