Monday, 31 March 2014

LAWATAN PENANDA ARAS
KE SMK PANGKAL KALONG KELANTAN
PADA 22 MAR 2014

Bersama Ketua Warden Asrama SMKPK

Bergambar di pintu masuk asrama.

diarak dengan bunga manggar dan kompang

Terima kasih, dapat cenderahati

Kami hanya bagi plak ni je..

Perlawanan persahabatan bola baling.

Santapan

Persembahan dikir yang terbaikkk

Persembahan nasyid

Lepak sekejap di PCB

Rantau Panjang

Wakaf Che Yeh

Panggang burung

Di Kota Bahru

Singgah di Kuala Terengganu

Singgah di Marang

Thursday, 27 February 2014

Peraturan 'balik bermalam' Asrama Puteri 

"Balik bermalam' bermaksud balik ke rumah ibu bapa atau penjaga masing-masing pada waktu bukan 'balik wajib'.

Warden hanya mengizinkan murid balik atas sebab-sebab berikut sahaja.
1. Kecemasan seperti berlaku sakit tenat dan kemalangan keluarga terdekat. (tidak mengira waktu)
2. Kematian keluarga terdekat. (tidak mengira waktu)
3. Murid yang sakit
4. Menghantar keluarga terdekat mengerjakan haji dan umrah.
5. Mendapat kebenaran daripada Pentadbir Sekolah (Pengetua, GPK 1, GPK HEM atau wakilnya)

Jika seseorang murid ingin 'balik bermalam' atas sebab-sebab lain, mesti mendapat keizinan seperti no.5 di atas; contohnya,
- ziarah keluarga atau kenalan di hospital, rumah atau rumah kebajikan (ziarah biasa, sakit, lama tak jumpa)
- kenduri (perkahwinan, tahlil, hari jadi, hari keluarga, makan-makan)
- temu janji dengan doktor dengan surat temu janji (doktor gigi, doktor mata, doktor pakar)
- melancong, menziarah, atau melawat bersama keluarga,
- program bersama NGO (kursus, motivasi, perkhemahan/kem, persatuan sukan, majlis anugerah)
- murid hendak menyiapkan kajian luar, folio atau kertas kerja yang diberikan guru mata pelajaran

Setelah mendapat kebenaran daripada pentadbir barulah maklumkan kepada warden sambil menunjukkan bukti (surat daripada ibu bapa, sijil MC, surat temu janji, surat tawaran) yang telah bertanda tangan Pentadbir atau cop Pentadbir. Surat itu barulah dimasukkan ke dalam fail asrama yang berada di Pejabat Sekolah atau Asrama. (up Puan Zety)

Jangan tunjuk atau beri surat yang belum dapat kebenaran Pentadbir kepada warden.
Jangan minta kebenaran waden dahulu
Nasihat saya, seelok-eloknya ibu bapa atau penjaga murid sendiri yang berurusan dengan pihak sekolah dan bukan murid itu sendiri membawa surat. Datanglah pada waktu pejabat dan bukannya di luar waktu pejabat atau hujung minggu.

Ingatan,
Kami warden adalah wakil penjaga anda daripada ibu bapa dan keluarga anda. Demi keselamatan penghuni di bawah jagaan kami, warden memastikan anda diserahkan kepada ibu bapa atau penjaga anda ketika keluar dari kawasan asrama. Peraturan ini juga bagi mengelakkan daripada 'sesiapa' yang suka mengambil kesempatan untuk kepentingan diri sendiri.
Ikutlah peraturan sekolah dan asrama.

Sekian,
Ketua Warden Aspuri SMKIS

Tuesday, 18 February 2014

Pengawas Asrama

Sekitar di Majlis Perlantikan Pemimpin Muda SMKIS 2014 melibatkan 13 orang Pengawas Asrama Puteri dengan identiti baru. Tahniah kepada semua Pengawas. Diharap dapat menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan bertanggungjawab.















Tuesday, 28 January 2014

TRANSFORMASI ASRAMA : PENJANAAN KEJAYAAN AKADEMIK

Kelas Tuisyen bagi pelajar SPM dan kelas persediaan berfokus telah berjalan bermula minggu kedua persekolahan sesi 2014 sejajar dengan TRANSFORMASI ASRAMA. Program ini melibatkan seluruh warga SMKIS. Terima kasih kepada guru-guru yang memberi sokongan bagi melaksanakan Transformasi Asrama. Jasamu tetap dikenang.....









Monday, 30 December 2013

PENDAFTARAN PELAJAR ASRAMA SMK ISKANDAR SHAH 2014

Pendaftan Pelajar Asrama Puteri SMK Iskandar Shah 2014 adalah pada ketetapan berikut:

Tarikh   : 1 Januari 2014
Masa    : 9.00 pagi ( Pelajar Tingkatan 1) dan 2.00 petang (Pelajar lama)
Tempat : Dewan Besar SMKIS ( Pelajar Tingkatan 1)
              Perkarangan Asrama Puteri (Pelajar Lama)

SILA KLIK DI SINI untuk Senarai Keperluan.

Thursday, 28 November 2013

SENARAI NAMA PELAJAR ASRAMA PUTERI SMK ISKANDAR SHAH BAGI SESI 2014

MAKLUMAN!!!

Assalamualaikum....Pelajar yang telah memohon untuk kemasukan ke Asrama Puteri SMK Iskandar Shah bagi sesi 2014 boleh KLIK DI SINI untuk menyemak status kemasukan anda ke asrama puteri. Sebarang masalah boleh merujuk kepada Ketua Warden, Warden Asrama dan Penyelia Asrama. Surat tawaran SILA KLIK di SINI untuk dimuat turun.

Monday, 7 October 2013

PROGRAM 'TOWARDS 1ST CLASS' PELAJAR PMR DAN SPM 2013

Pada 28 September 2013 satu lagi program untuk pelajar PMR dan SPM ASPURI 2013 telah diadakan iaitu program 'TOWARDS 1ST CLASS'. Program ini bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar-pelajar untuk meningkatkan potensi diri dan bermotivasi dalam menghadapi  persediaan  PMR dan SPM serta memberikan pendedahan tentang rangsangan dan dorongan terbaik ke arah kejayaan pelajar-pelajar.
Penceramah jemputan ialah En. Muhammad Fakhrul Islam Bin Md. Zarin. Program ini telah diadakan di Dewan Anggerik, Hotel Sri Impian, Jasin.