Friday 28 December 2012

PENDAFTARAN ASRAMA BAGI SESI 2013

ASSALAMUALAIKUM....

Pelajar yang layak masuk ke asrama bagi sesi 2013 hendaklah melaporkan diri pada ketetapan berikut :

          TARIKH : 1 JANUARI 2013
          MASA    : 10.00 PAGI (PELAJAR TING 1 )
                            2.00 - 5.00 PTG (PELAJAR TING 2-6)
          TEMPAT : PERKARANGAN ASRAMA PUTERI SMKIS


Pelajar yang gagal menghadirkan diri dianggap telah menolak tawaran dan tidak akan dipertimbangkan kemasukan ke asrama puteri sesi 2013. Bagi pelajar yang gagal permohonan ke asrama sesi 2013 boleh membuat rayuan seminggu selepas pendaftaran asrama sesi 2013 dan boleh merujuk kepada GPKHEM, En. Zaid Bin Taib. Sekian, harap maklum.


Wednesday 28 November 2012

NAMA PELAJAR LAYAK ASRAMA PUTERI 2013

PERHATIAN!!!..
Kepada pelajar SMKIS yang telah memohon kemasukan ke asrama puteri bagi sesi 2013, sila rujuk DI SINI untuk menyemak keputusan bagi yang layak. Sekian terima kasih.

Saturday 3 November 2012

JAMUAN AKHIR TAHUN ASRAMA 2012

Pada 3 November 2012 iaitu pada hari Sabtu, ASPURI SMKIS telah mengadakan Jamuan Akhir Tahun bagi 2012 yang bermula jam 8.00 malam dan berakhir jam 11.00 malam. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Tn. Hj, Zolkaply Bin Yunus, Pengetua Cemerlang SMK Iskandar Shah. Majlis tersebut turut dihadiri oleh Pn. Hamidah Binti Jasmani, GPK Pentadbiran, En. Zaid Bin Taib, GPK HEM, En. Amran Bin Mohd Ghazali, GPK Kokurikulum, En. Helmi Bin Adlan, Kaunselor SMKIS, Pn.Siti Norba'ayah Binti Ayub, Mantan warden ASPURI serta En. Rahim dan En. Ibrahim, Mantan pekerja ASPURI SMKIS. Majlis tersebut telah dimulakan dengan bacaan doa oleh Exco Kerohanian, Nurul Syamimi Ibrahim dan majlis diteruskan dengan persembahan Montaj dan jamuan makan malam. Selepas itu, majlis diteruskan lagi dengan  persembahan daripada pelajar Tingkatan 1 dan 3 dan ucapan oleh Tn. Pengetua. Kemuncak acara adalah sambutan hari lahir kepada pelajar ASPURI bulan September, Oktober, November dan Disember serta sambutan Hari Lahir GPKHEM yang jatuh pada 3 November. Majlis tersebut diakhiri dengan majlis penyampaian hadiah serta cabutan bertuah.


























Wednesday 17 October 2012

KEMASUKAN KE ASPURI SMKIS 2013

PERHATIAN!!!...
Kepada pelajar-pelajar puteri SMKIS yang berminat untuk kemasukan ke asrama pada tahun 2013. Kemasukan ke ASPURI SMKIS 2013 kini telah dibuka. Permohonan ini dibuka kepada semua pelajar Puteri SMKIS. Borang kemasukan asrama boleh di ambil di pejabat asrama, pejabat sekolah atau sila KLIK DISINI. Borang yang telah lengkap diisi boleh diserahkan kepada penyelia asrama atau warden asrama. Tarikh akhir penghantaran borang adalah pada 31 Oktober 2012. Sebarang masalah boleh hubungi penyelia asrama atau GPKHEM. Harap maklum.

Friday 5 October 2012

SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN PMR

Kami warga ASPURI SMKIS ingin mengucapkan Selamat Menghadapi Peperiksaan PMR kepada pelajar-pelajar Tingkatan 3 ASPURI. Semoga anda semua dapat menjawab soalan peperiksaan dengan tenang dan terbaik.


Monday 24 September 2012

TIPS UNTUK CEMERLANG DAN MENGHADAPI PEPERIKSAAN


1. Semak jadual
Menyemak jadual peperiksaan penting bagi menentukan masa cukup untuk belajar, khususnya pada saat-saat akhir ini. Latihan mesti diteruskan mengikut kertas peperiksaan yang akhir diduduki terlebih dulu. Ini kerana apabila tiba hari peperiksaan, calon akan belajar subjek yang akan diuji pada hari pertama peperiksaan.
Jika melakukan demikian, bermakna anda telah membuat persiapan yang menyeluruh dan tidak ada subjek tertinggal atau tidak dipelajari.
2. Kunci peperiksaan
Apakah kunci kepada peperiksaan? Peperiksaan menuntut calon membuat banyak latihan dan ulang kaji bagi mengingati pelajaran lalu, selain mengelak diri daripada lupa fakta ketika menjawab soalan.
Oleh itu, anda jangan jemu untuk terus membuat ulang kaji, terutama menggunakan kertas peperiksaan tahun terdahulu atau soalan seiras. Langkah itu akan membiasakan anda dengan soalan standard, di samping membolehkan ingatan anda kekal dan berpanjangan.
3. Tentukan keutamaan
Belajar pada saat-saat akhir juga perlu mengutamakan mata pelajaran atau kemahiran yang masih belum atau kurang dikuasai. dalam hal ini, jangan sekali-kali belajar subjek yang anda sukai saja, sebaliknya merangkumi semua.
Ini kerana setiap peperiksaan akan membabitkan semua subjek dipelajari di sekolah, bukannya berdasarkan minat seseorang calon.
4. Banyak mengingat dan membuat kaitan
Mengingat adalah satu perkara penting yang mesti dilakukan calon dalam menghadapi peperiksaan. Pelbagai cara boleh anda digunakan untuk mengingat, antaranya belajar berulang kali mengenai sesuatu kemahiran.
Apa-apa pun cara digunakan, terpulang kepada anda, asalkan ia dapat membantu mengingat dan membuat kaitan apabila diperlukan.
5. Merancang persiapan peperiksaan
Ada tiga perkara yang mesti diamalkan calon bagi menentukan kejayaan cemerlang dalam peperiksaan.
a. Pertama, sebelum peperiksaan khususnya dalam tempoh beberapa minggu ini, kuat dan tingkatkan usaha serta semangat dengan belajar secara berterusan.
Selain di sekolah dan rumah, anda seharusnya mengambil peluang memanfaatkan masa yang ada, tidak kira di mana saja berada dengan membaca nota ringkas yang disediakan sebelum ini. Ini akan membantu anda mengingati semula apa yang telah dipelajari.
Dalam pada itu, kesihatan diri jangan diabaikan. Walaupun bersemangat untuk menduduki peperiksaan, janganlah keterlaluan hingga lupa makan dan minum. Ini kerana keadaan itu boleh menyebabkan anda jatuh sakit.
Tidur hendaklah mencukupi supaya anda sentiasa selesa dan dapat memberi tumpuan terhadap pelajaran sama ada ketika di sekolah mahupun sewaktu belajar sendiri di rumah. Kesihatan tubuh badan yang baik amat perlu, apatah lagi akan menduduki peperiksaan.
Buat seketika, lupakan dulu perkara-perkara lain yang anda minat, sebaliknya manfaat masa yang ada dengan mengulang kaji pelajaran. Ini kerana semua perkara itu boleh dilakukan kemudian berbanding peperiksaan yang kata orang sekali seumur hidup. Jangan lepaskan peluang keemasan itu.
Begitu juga dengan pengambilan makanan, seharusnya ia seimbang. Dalam masa beberapa hari ini juga, anda seharusnya makan makanan yang berzat dan boleh membantu mengembang dan mencergaskan minda anda.
Setelah segala persiapan diri sudah dilakukan, anda perlu pastikan keperluan peperiksaan yang lain tidak dilupakan, antaranya peralatan menulis khususnya pensel 2B, pemadam dan penajam pensel, jika tidak sediakan beberapa batang pensel. Pastikan peralatan ini disediakan lebih awal dan tidak lupa dibawa pada hari peperiksaan.
Sebaiknya tidurlah lebih awal pada malam hari peperiksaan. Langkah itu perlu supaya anda berasa segar dan dapat menghadapi kertas peperiksaan dengan tenang tanpa sebarang masalah.
b. Kedua, pada hari peperiksaan. Bangun dan pergi ke sekolah atau dewan peperiksaan lebih awal, bagaimanapun pastikan anda bersarapan terlebih dulu. Jika anda bangun lewat, bukan saja tidak sempat bersarapan, malah akan tergesa-gesa ke sekolah.
Ingat, perbuatan tergesa-gesa menjanjikan pelbagai masalah, antaranya membuatkan anda panik lalu tidak dapat menumpukan terhadap peperiksaan.
Sebelum itu, jangan lupa bersalaman dengan ibu bapa dan minta mereka mendoakan kita dapat menjawab soalan dengan jayanya.
Ketika berada dalam dewan peperiksaan, anda hendaklah dalam keadaan tenang dan anggaplah peperiksaan itu sebagai perkara biasa. Untuk menenangkan diri jika menggelabah, anda tariklah nafas panjang-panjang. Langkah itu membantu jantung anda mendapat bekalan oksigen yang mencukupi, sekali gus menghilangkan rasa gugup dan bimbang.
Apabila menjawab soalan, sekali lagi anda perlu tenang. Setelah diberi kebenaran oleh pengawas peperiksaan, jawablah soalan yang anda fikir mudah dulu. Jangan guna masa terlalu banyak untuk menjawab soalan sukar itu, sebaliknya terus selesaikan soalan lebih mudah. Soalan susah yang ditinggalkan sementara itu jangan diabaikan, tetapi dibuat kemudian.
Jika menjawab soalan objektif, ketelitian amat perlu. Menentukan pilihan jawapan yang tepat amat penting. Pastikan jawapan yang kita pilih dalam kertas soalan sama dengan huruf pada kertas jawapan. Seandainya tersalah tanda, padamkan betul-betul sehingga hilang tanda hitam pensel
Walaupun sudah yakin jawapan yang diberi, baik bagi soalan objektif mahupun subjektif, semakan sebelum kertas jawapan diserah kepada pengawas peperiksaan adalah perlu dalam memastikan semuanya betul dan sudah dijawab. Oleh itu, peruntukkan sedikit masa untuk tujuan semakan terakhir.
Pembahagian masa yang betul amat perlu ketika menjawab soalan. Gunakan masa yang diperuntukkan dengan berkesan. Jangan sekali-kali alpa atau khayal sewaktu menjawab kerana langkah itu akan merugikan anda.
c. Ketiga, selepas peperiksaan. Setelah menduduki sesuatu kertas peperiksaan, anda tidak digalakkan berbincang dulu dengan rakan atau sesiapa mengenainya. Ini perlu bagi mengelakkan perasaan kecewa jika didapati jawapan anda terpesong atau salah.
Jika ini berlaku, anda mungkin hilang semangat atau fikiran terganggu ketika menjawab kertas soalan berikutnya. Sebaiknya, bincang kertas soalan itu setelah peperiksaan berakhir.
Langkah terbaik, beri tumpuan penuh untuk menjawab soalan, bukannya menyemak jawapan.
6. Elakkan terbabit dengan situasi yang boleh mengganggu perasaan
Menjelang peperiksaan, pelbagai dugaan mungkin dihadapi. Oleh itu, anda seharusnya sentiasa bersedia menghadapi apa saja dugaan yang boleh mengganggu perasaan. Selepas menunaikan solat lima waktu, berdoalah supaya Allah SWT tenangkan perasaan dan dapat fokuskan tumpuan terhadap peperiksaan.
7. Berdoa dan bertawakal
Sering kali kita was-was ataupun tidak yakin dengan apa yang dilakukan. Dalam hal peperiksaan, anda tidak seharusnya kurang yakin dengan kemampuan diri jika sudah membuat persiapan rapi sejak awal lagi. Sepatutnya kita berdoa dan tawakal kepada Allah SWT kerana usaha itu adalah senjata terakhir bukan saja untuk membina keyakinan diri, malah mencapai kejayaan.
Itulah di antara tip-tip yang boleh digunakan oleh pelajar sebagai panduan persedian dan meghadapi peperiksaan tidak lama lagi. Di harap dengan panduan tip-tip di atas, pelajar-pelajar akan berkeyakinan dan membuat persiapan yang cukup untuk menghadapi ujian itu nanti.
~..renung-renungkan dan selamat beramal..~

Friday 21 September 2012

INFO TERKINI

PERHATIAN!!!..Kepada semua warga ASPURI SMKIS, sila rujuk PERATURAN ASRAMA PUTERI yang terkini kerana terdapat sedikit perubahan dan penambahbaikan dalam PERATURAN terdahulu bagi memastikan ASPURI SMKIS menjadi sebuah asrama yang cemerlang dan gemilang negeri Melaka.

Sekian, terima kasih.

Thursday 20 September 2012

MUtIaRa KaTA Ali BiN AbI TaLiB



1. Nilai setiap individu bergantung pada apa yang membuatnya jadi baik.
2. Berbicaralah dengan seseorang sesuai dengan kadar akal fikiran mereka dan jangan sampai mendustakan Allah dan rasulNya.
3. Berhati-hatilah dengan kuasa seorang dermawan jika dia sedang lapar dan berhati-hatilah dengan kuasa seseorang yang tidak tahu membalas budi ketika dia sedang kenyang.
4. Rahsia seseorang tersimpan dibawah lidahnya.
5. Ada ketikannya dengan hanya satu ucapan dapat menutup kenikmatan.
6. Jangan kamu jadikan dirimu sebagai hamba kepada orang lain sebab Allah menjadikan kamu sebagai seorang hamba yang merdeka.


~..renung-renungkan dan selamat beramal..~

Wednesday 19 September 2012

RENUNG-RENUNGKAN.....

BINGKISAN DOA


SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA MANUSIA,
TAK SEMESTINYA MANUSIA CINTA KEPADA KITA,
TETAPI SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA ALLAH,
NESCAYA CINTA ALLAH TIADA PENGHUJUNGNYA.
SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA MANUSIA,
KITA AKAN CEMBURU KEPADA ORANG YANG MENCINTAI
ORANG YANG KITA CINTAI,
TETAPI SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA ALLAH,
KITA AKAN TURUT MENCINTAI
ORANG YANG MELABUHKAN CINTANYA KEPADA ALLAH JUGA.
YA ALLAH,
ANDAINYA DIA ADALAH JODOH YANG DITETAPKAN
OLEH-MU KEPADAKU,
MAKA CAMPAKKANLAH DALAM HATIKU CINTA KEPADANYA ADALAH
KERANA-MU,
DAN CAMPAKKANLAH DALAM HATINYA,
CINTA KEPADAKU ADALAH KERANA-MU.


NAMUN,
ANDAINYA DIA BUKANLAH JODOH YANG DITETAPKAN OLEH-MU KEPADAKU,
BERIKANLAH KU KEKUATAN AGAR PASRAH DALAM MENGHARUNGI UJIAN,
YANG KAU BERIKAN KEPADAKU.


YA ALLAH,
JIKA AKU JATUH CINTA,
CINTAKANLAH AKU PADA SESEORANG YANG MELABUHKAN CINTANYA PADA-MU, AGAR BERTAMBAH KEKUATANKU UNTUK MENCINTAI-MU.


YA MUHAIMIN,
JIKA AKU JATUH CINTA,
JAGALAH CINTAKU PADANYA AGAR TIDAK MELEBIHI CINTAKU PADA-MU.


YA RABBANA,
JIKA AKU JATUH HATI,
JAGALAH HATIKU PADANYA AGAR TIDAK BERPALING PADA-MU.


YA RABBUL IZZATI,
JIKA AKU RINDU,
RINDUKANLAH AKU PADA SESEORANG YANG MERINDUI SYAHID DI JALAN-MU.


YA ALLAH,
JIKA AKU RINDU,
JAGALAH RINDUKU PADANYA AGAR TIDAK LALAI AKU MERINDUI SYURGA-MU.


YA ALLAH,
JIKA AKU MENIKMATI CINTA KEKASIH-MU,
JANGANLAH KENIKMATAN ITU MELEBIHI KENIKMATAN INDAHNYA BERMUNAJAT DI SEPERTIGA MALAM TERAKHIR-MU


YA ALLAH,
JIKA AKU JATUH HATI PADA KEKASIH-MU,
JANGANLAH BIARKAN AKU TERTATIH DAN TERJATUH DALAM PERJALANAN PANJANG MENYERU MANUSIA KEPADA-MU.


YA ALLAH,
JIKA KAU HALALKAN AKU MERINDUI KEKASIH-MU,
JANGAN BIARKAN AKU MELAMPAUI BATAS SEHINGGA MELUPAKAN AKU PADA CINTA HAKIKI DAN RINDU ABADI HANYA KEPADA-MU.

~..Renung-renungkan dan Selamat Beramal..~

1001 FaLsAfAh YaNg PeRLu DiUnGkaP PaDa SeKuNtUm BuNgA


Sejambak bunga mawar bukan sekadar untuk menyampaikan mesej ‘Aku cinta
padamu’ atau jambangan Carnation yang memberi erti ‘moga cepat sihat’.
Bahkan setiap bunga sebenarnya mewakili makna tersendiri.
Sebab itulah dikatakan bunga mampu menjadi wakil tanpa bicara yang
berkuasa merungkap 1001 falsafah atau rahsia yang cuba disampaikan oleh
pengirimnya. Ramai yang mengaku mereka hanya tahu erti sekuntum ros
merah saja.aduhai.kesiannya!!! Jadi marilah kita pada kesempatan ini
menilai ataupun menkajinya sendiri secara semulajadi.
Erti Ros
Bunga ros atau mawar adalah antara bunga yang paling diminati oleh
orang ramai apatah lagi orang perempuan. Bunga ros mampu melahirkan pelbagai
jenis bahasa cinta. Kalau nak memujuk kekasih, lebih mudah pujukan itu
dilakukan bila disertakan bersama walau sekuntum bunga ros. Lebih
cepat cair jadinya! Selain bunga ros, bunga lain juga mampu menyampaikan mesej
dan makna tersendiri. Jadi sebelum kamu berkunjung ke mana-mana kedai
bunga untuk membuat tempahan untuk dijadikan hadiah atau sekadar
penyeri rumah kamu, apa kata kamu kenalpasti dulu kuasa yang dimiliki oleh
setiap kuntum bunga yang kamu pilih. Pemilihan jenis bunga yang sesuai
dikatakan mampu mendorong harapan dan kegembiraan dalam diri kamu.
FALSAFAH KUNTUMAN BUNGA:
ROS PUTIH
Cinta sejati dan kekuasaan.
BUNGA CARNATION
Bunga ini comel dan boleh didapati dalam beberapa warna seperti merah
dan putih. Ia dikatakan mampu membantu menggelakkan perasaan sedih
menimpa diri seseorang.
BUNGA CAMELIA
Ia dapat ‘memanggil’ semangat cinta dan kebahagiaan yang berkekalan
selamanya.
BUNGA KEKWA
Bunga ini melambangkan kekuasaan sebuah perasaan cinta.
BUNGA DAISI
Ia mampu meningkatkan daya intuisi seseorang untuk meramalkan sesuatu
perkara.
BUNGA IRIS
Ia melambangkan bahawa seseorang itu yakin dengan perasaan yang sedang
dialami itu.
BUNGA JASMIN
Ia mendorong ke arah percintaan dan kekayaan.
BUNGA ORKID
Ia memberikan semangat berkobar-kobar untuk menjalani hidup.
ROS MERAH
Boleh mengungkap pelbagai perasaan cinta.
BUNGA MATAHARI
Seseorang itu inginkan dirinya diberikan perhatian dan kehormatan
seperti yang sepatutnya.
BUNGA TULIP
Ia membawa rasa cinta dan tuah.
BUNGA IVY
Ia membawa kepercayaan dan kehormatan pada diri seseorang.
BUNGA VIOLET
Ia meningkatkan daya imiginasi seseorang.
KOD WARNA BUNGA
Merah: Perasaan yang berkobar-kobar dalam sesuatu perkara yang sedang
atau ingin dilakukan.
Ungu: Apa yang paling penting adalah semangat yang diperlukan untuk
melakukan apa saja yang diinginkan.
Kuning: Peluang-peluang yang bakal hidup dalam diri seseorang.
Putih: Semangat mementingkan kebenaran.
Merah Jambu: Seorang mungkin sedang cuba mendekati dirimu!
MAKSUD TERSIRAT
Cuba kumpulkan beberapa orang teman baik. Ambil beberapa jenis bunga
segar dan letakkan ke dalam sebuah bekas (ambil bunganya saja). Setiap
orang pejamkan mata dan cuba ambil bunga daripada dalam bekas itu
tanpa
membuka mata. Ha. lepas dah ambil barulah mata boleh dibuka.
Perhatikan
kelopak bunga itu. Sekiranya:

KELOPAK BUNGA ITU TERLERAI: memberi makna bahawa beberapa keinginan
akan
diperolehi tak lama lagi.
BUNGA ITU TETAP CANTIK: memberi tanda bahawa tuah akan mendatangi kamu
tak lama lagi. Tunggu je la!
BUNGA ITU ROSAK: memberi tanda bahawa kamu mungkin bakal menghadapi
beberapa cabaran dalam hidup.

~..Renung-renungkan...dan..Selamat Beramal..~

Monday 10 September 2012

Program ICC PMR 2012

Program ICC bagi pelajar PMR aspuri SMKIS akan bermula pada 10 September 2012 hingga 30 September 2012 setiap hari Isnin, Selasa dan Ahad. Program ini melibatkan semua pelajar Tingkatan 3 SMKIS yang akan menduduki peperiksaan PMR pada Oktober nanti. Tujuan program ini diadakan adalah untuk membantu pelajar mengulangkaji pelajaran, meningkatkan lagi pemahaman pelajar bagi subjek tersebut dan meningkatkan kecemerlangan ASPURI SMKIS dalam bidang akademik.

Jadual Program ICC

Pr0gram Berjalan 10 Ribu Langkah Merdeka

Pada 9 September 2012, Sabtu seramai 150 pelajar asrama puteri SMKIS dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 telah terlibat dengan program Berjalan 10 ribu Langkah Merdeka anjuran Kementerian Kesihatan Malaysia. Program tersebut melibatkan seramai 1050 peserta seluruh Jasin dan telah mencipta rekod. Program tersebut telah bermula pada jam 7.00 pagi dan berakhir pada jam 1030 pagi. Peserta dikehendaki berjalan dari Stadium Jasin hingga ke Taman Maju dan berjalan semula dari Taman Maju ke Stadium Jasin. Perjalanan sejauh mencecah hampir 9 km. Walaupun agak penat setelah perjalanan hampir 9km, pelajar aspuri tetap bersemangat dan ada antara pelajar aspuri yang mendapat hadiah cabutan bertuah.

sebelum program bermula

pelajar aspuri

posing sebelum 10 ribu langkah



jom kita berjalan 10 ribu langkah...baik untuk kesihatan anda





antara yang bertuah

cabutan bertuah

walau panas tetap semangat..







Monday 25 June 2012

PROGRAM KECEMERLANGAN PMR DAN SPM ASRAMA PUTERI SMKIS 2012

Pada 22-24 Jun 2012 telah diadakan program Kecemerlangan PMR dan SPM Asrama Puteri SMKIS 2012. Program ini telah melibatkan semua pelajar asrama puteri Tingkatan 3 dan 5. Program ini telah diadakan di Kem Lambaian Danau, Chin Chin, Jasin, Melaka. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberikan peluang kepada pelajar untuk meningkatkan potensi diri dan bermotivasi dalam menghadapi PMR dan SPM serta dapat memberi peluang kepada pelajar-pelajar untuk berinteraksi dan bertukar-tukar pandangan. Program ini dijalankan secara bengkel(berkumpulan) dan telah melibatkan 40 orang guru sebagai fasilitator. Program ini berakhir pada pukul 1.30 tengah hari.