Monday 31 October 2011

JAMUAN AKHIR TAHUN ASRAMA PUTERI SMKIS

Semua guru dan staf dijemput hadir bersama keluarga ke majlis tersebut pada ketetapan berikut:


Tarikh      : 12 November 2011
Masa       : 8.30 malam
Tempat    : Perkarangan Asrama Puteri SMKIS

Semoga dengan kehadiran tuan/puan akan memeriahkan lagi majlis tersebut.

Tuesday 11 October 2011

SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN

Selamat menghadapi peperiksaan akhir tahun kepada semua pelajar Tingkatan 1, 2 dan 4. Semoga mendapat keputusan yang cemerlang dan dapat mengharumkan nama ASPURI SMKIS.

Wednesday 5 October 2011

PERJUMPAAN BULANAN DAN MAJLIS SEPETANG BERSAMA PENGETUA SERTA PELANCARAN BLOG ASPURI SMKIS

Majlis sepetang bersama pengetua SMKIS telah diadakan pada 5 Oktober 2011. Majlis tersebut bermula tepat jam 520 petang. Majlis tesebut bersempena dengan pelancaran blog ASPURI SMKIS. Majlis tersebut telah dihadiri oleh Tuan Pengetua, Haji Zolkaply Yunus, GPKHEM En.Zaid Taib, para warden serta semua pelajar ASPURI SMKIS. Semoga dengan pelancaran blog ini, pelajar ASPURI dapat menggunakan sepenuhnya kemudahan internet yang ada dalam membantu pelajar dalam pelajaran. 



Pelajar Aspuri Menanti Ketibaan Tuan Pengetua

Ketibaan Tuan Pengetua dan GPKHEM

Bacaan doa oleh Exco Kerohanian



Ucapan Pengerusi ASPURI

Minum petang 

Ucapan GPKHEM, En Zaid Taib

Tuan Pengetua dan Ketua Warden

Ucapan Tuan Pengetua dan Pelancaran blog ASPURI

Makan Malam


Monday 3 October 2011

Perjumpaan Pengetua dengan Pelajar Asrama SMKIS

Tuan Pengetua SMKIS akan mengadakan perjumpaan dengan semua pelajar asrama puteri SMKIS pada 5 Oktober 2011 jam 5.30ptg di Dataran Asrama Puteri. Kehadiran semua pelajar asrama adalah diwajibkan. Sekian, harap maklum.

Sunday 2 October 2011

PERMOHONAN KEMASUKAN ASRAMA BAGI SESI 2012

Perhatian kepada pelajar yang berminat untuk memohon masuk ke asrama bagi sesi 2012!!
Permohonan masuk ke asrama bermula pada 3 Oktober 2011 hingga 31 Oktober 2011. Sesiapa yang berminat sila berjumpa dengan penyelia asrama atau warden asrama untuk mengambil borang. Sekian, harap maklum..