Friday 18 November 2011

MAJLIS PERSARAAN PN. JAMILAH MD SAID DAN JAMUAN AKHIR TAHUN

Pada 18hb November 2011 telah diadakan Majlis Persaraan Pn. Jamilah Md. Said dan Jamuan Akhir Tahun Guru 2011 di Holiday Inn, Melaka. Majlis tersebut telah dihadiri oleh pentadbir SMKIS serta guru-guru SMKIS. Majlis tersebut bermula pada pukul 2.30 petang hingga 4.30 petang. 

Acara pemotongan kek dari Pn.Jamilah utk warga SMKIS


Selamat Hari Lahir Pn. Jamilah

Gambar kenangan bersama Pn.Jamilah

Guru-guru SMKIS bergambar kenangan


Kami seluruh warga ASPURI SMKIS mengucapkan Selamat Bersara kepada PN.JAMILAH MD SAID. Bertemu dan berpisah adat manusia biasa, hilang dimata tapi dihati jangan lupa. Semoga kita dapat berjumpa lagi di lain hari.

SELAMAT BERCUTI

Kami mengucapkan Selamat Bercuti kepada semua warga ASPURI SMKIS. Semoga cuti anda diisi dengan perkara-perkara yang berfaedah. Latihan CUTI TERANCANG jangan lupa buat. Jumpa lagi pada 3hb Januari 2012.

Saturday 12 November 2011

JAMUAN AKHIR TAHUN ASRAMA PUTERI SMKIS

Majlis Jamuan Akhir Tahun ASPURI SMKIS 2011 dan Majlis Penyampaian Sijil kepada Mantan Exco 2010/2011 telah berlangsung dengan jayanya pada 12 November 2011 bermula jam 8.30 malam. Pihak ASPURI SMKIS mengucapkan jutaan terima kasih kepada Tuan Pengetua, Tn. Haji Zolkaply Bin Yunus kerana sudi hadir bagi merasmikan majlis tersebut. Terima kasih juga diucapkan kepada GPK1, Pn Hamidah Jasmani, GPKHEM, En. Zaid Taib, guru-guru serta staf sokongan yang telah hadir untuk memeriahkan lagi majlis pada malam tersebut. Selain itu, terima kasih juga diucapkan kepada semua pihak yang terlibat bagi menjayakan majlis tersebut.

Montaj Jamuan Akhir Tahun ASPURI 2011

Ucapan Aluan dari GPKHEM


Pelajar ASPURI Tingkatan 2

Pelajar ASPURI Tingkatan 5

Tn. Pengetua dan Ketua Warden


 Penyelia Asrama dan keluarga

 Ucapan Perasmian oleh Tn. Pengetua

Penyampaian Sijil kepada Mantan Exco 2010/2011



 
Tn. Pengetua bergambar kenangan bersama Mantan Exco 2010/2011

 Penyampaian Cenderamata kepada Tn.Pengetua

Penyampaian Hadiah Karnival Sukan oleh Pn. Sri Haryani


Miss Vogue ASPURI 2011 kategori Menengah Rendah 

Karaoke oleh Pelajar ASPURI

Akhir bicara, terima kasih sekali lagi kepada semua pihak yang terlibat bagi memastikan majlis ini berjalan lancar. 

Thursday 10 November 2011

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN SPM DAN STPM


Kami mengucapkan selamat menduduki peperiksaan dan mendoakan kejayaan kepada semua pelajar tingkatan 5 dan tingkatan 6..Semoga memperoleh kejayaan yang cemerlang...

Wednesday 9 November 2011

ATURCARA JAMUAN AKHIR TAHUN ASPURI

Semua guru dan staf dijemput hadir. Sila tekan KLIK untuk aturcara majlis.

Datang...Jangan tak datang...Kehadiran anda sangat dialu-alukan..

Tuesday 1 November 2011

KARNIVAL SUKAN ASPURI 2011

Karvinal ini telah berlangsung pada 20 hingga 22 oktober 2011. Karnival ini dapat dijalankan dengan jayanya dengan kerjasama daripada pihak yang terlibat. Syabas dan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat.

PERTANDINGAN FUTSAL 

Pertandingan futsal semi final antara ting.3 dan ting.5

Sepakan penentu kelayakan untuk memasuki final.

PERTANDINGAN CARROM

Pertandingan carrom antara tingkatan 1 dan tingkatan 2



PERTANDINGAN CATUR

Cabaran minda


PERTANDINGAN DAM

Penentu kejuaraan

PERTANDINGAN CONGKAK

Pertandingan congkak antara tingkatan 1 dan tingkatan 2.

Pertemuan antara tingkatan 2 dan tingkatan 5.