Thursday 27 February 2014

Peraturan 'balik bermalam' Asrama Puteri 

"Balik bermalam' bermaksud balik ke rumah ibu bapa atau penjaga masing-masing pada waktu bukan 'balik wajib'.

Warden hanya mengizinkan murid balik atas sebab-sebab berikut sahaja.
1. Kecemasan seperti berlaku sakit tenat dan kemalangan keluarga terdekat. (tidak mengira waktu)
2. Kematian keluarga terdekat. (tidak mengira waktu)
3. Murid yang sakit
4. Menghantar keluarga terdekat mengerjakan haji dan umrah.
5. Mendapat kebenaran daripada Pentadbir Sekolah (Pengetua, GPK 1, GPK HEM atau wakilnya)

Jika seseorang murid ingin 'balik bermalam' atas sebab-sebab lain, mesti mendapat keizinan seperti no.5 di atas; contohnya,
- ziarah keluarga atau kenalan di hospital, rumah atau rumah kebajikan (ziarah biasa, sakit, lama tak jumpa)
- kenduri (perkahwinan, tahlil, hari jadi, hari keluarga, makan-makan)
- temu janji dengan doktor dengan surat temu janji (doktor gigi, doktor mata, doktor pakar)
- melancong, menziarah, atau melawat bersama keluarga,
- program bersama NGO (kursus, motivasi, perkhemahan/kem, persatuan sukan, majlis anugerah)
- murid hendak menyiapkan kajian luar, folio atau kertas kerja yang diberikan guru mata pelajaran

Setelah mendapat kebenaran daripada pentadbir barulah maklumkan kepada warden sambil menunjukkan bukti (surat daripada ibu bapa, sijil MC, surat temu janji, surat tawaran) yang telah bertanda tangan Pentadbir atau cop Pentadbir. Surat itu barulah dimasukkan ke dalam fail asrama yang berada di Pejabat Sekolah atau Asrama. (up Puan Zety)

Jangan tunjuk atau beri surat yang belum dapat kebenaran Pentadbir kepada warden.
Jangan minta kebenaran waden dahulu
Nasihat saya, seelok-eloknya ibu bapa atau penjaga murid sendiri yang berurusan dengan pihak sekolah dan bukan murid itu sendiri membawa surat. Datanglah pada waktu pejabat dan bukannya di luar waktu pejabat atau hujung minggu.

Ingatan,
Kami warden adalah wakil penjaga anda daripada ibu bapa dan keluarga anda. Demi keselamatan penghuni di bawah jagaan kami, warden memastikan anda diserahkan kepada ibu bapa atau penjaga anda ketika keluar dari kawasan asrama. Peraturan ini juga bagi mengelakkan daripada 'sesiapa' yang suka mengambil kesempatan untuk kepentingan diri sendiri.
Ikutlah peraturan sekolah dan asrama.

Sekian,
Ketua Warden Aspuri SMKIS

Tuesday 18 February 2014

Pengawas Asrama

Sekitar di Majlis Perlantikan Pemimpin Muda SMKIS 2014 melibatkan 13 orang Pengawas Asrama Puteri dengan identiti baru. Tahniah kepada semua Pengawas. Diharap dapat menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan bertanggungjawab.