Saturday, 3 March 2012

PERTANDINGAN NASYID ASPURI 2012

Pada 3 Mac 2012 ASPURI SMKIS telah mengadakan Pertandingan Nasyid yang melibatkan semua pelajar ASPURI. Pertandingan tersebut telah diadakan di Pentas Utama ASPURI yang terletak di perkarangan ASPURI. Pertandingan tersebut bermula pada pukul 9.00 malam dan berakhir pada pukul 10.30 malam. Sebanyak 8 kumpulan yang telah menyertai pertandingan tersebut yang mana terdiri daripada 2 kumpulan dari Tingkatan 3, 2 dan 1 serta 1 kumpulan dari Tingkatan 4 dan 5. Pertandingan tersebut telah diadili oleh En. Ghazali Husain, Cik Siti Nor Ba'ayah Ayup, Cik Nora Arina Salahuddin dan Cik Nor Hanani Ibrahim. Keputusan pertandingan akan diumumkan pada Majlis Minum Petang bersama Pengetua, Hj. Zolkaply Yunus yang akan diadakan pada minggu depan.
                                                   Pelajar ASPURI bersedia untuk pertandingan
                                                           Antara barisan pengadil


Persembahan  dari pelajar Tingkatan 3


Persembahan  dari pelajar Tingkatan 3



Persembahan dari pelajar Tingkatan 4

Persembahan dari pelajar Tingkatan 5


Persembahan dari pelajar Tingkatan 1



Persembahan dari pelajar Tingkatan 2

Monday, 6 February 2012

MAJLIS MINUM PETANG BERSAMA TUAN PENGETUA DAN SAMBUTAN HARI LAHIR PELAJAR ASPURI JANUARI 2012

Majlis minum petang bersama Tuan Pengetua, Tuan Haji Zolkaply bin Yunus serta majlis sambutan Hari Lahir pelajar ASPURI Januari 2012 akan diadakan pada ketetapan berikut:

Tarikh   : 7 Februari 2012
Masa    : 4.30 petang
Hari      : Selasa
Tempat : Dewan Makan ASPURI SMKIS

Tentatif program KLIK DISINI. Sekian, harap maklum..

Monday, 16 January 2012

MESYUARAT ASRAMA KALI 1 /2012

Makluman kepada semua AJK Asrama SMKIS 2012, satu mesyuarat akan diadakan pada ketetapan berikut:


Tarikh   : 17 Januari 2012
Masa    : 3.00 petang
Hari      : Selasa
Tempat : Dewan Makan Asrama SMKIS

Sila klik untuk  AGENDA MESYUARAT dan MINIT MESYUARAT.

Saturday, 7 January 2012

MINGGU ORIENTASI PELAJAR TINGKATAN 1 ASPURI

Minggu orientasi pelajar Tingkatan 1 ASPURI telah diadakan selama 4 hari bermula pada hari Rabu, 4 Januari 2012 sehingga hari Sabtu, 7 Januari 2012. Program ini telah dirancang sepenuhnya oleh warden-warden dan dibantu oleh exco ASPURI 2011/2012. Sekalung terima kasih diucapkan kepada semua warga ASPURI yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak bagi membantu melancarkan lagi perjalanan minggu orientasi pelajar Tingkatan 1. Pada kesempatan ini  juga pihak ASPURI ingin mengucapkan selamat datang ke ASPURI kepada semua pelajar baru ASPURI. Semoga anda dapat menempuh kehidupan di ASPURI dengan baik. Majlis Penutup Minggu Orientasi telah diadakan pada Ahad, 8 Januari 2012. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Tuan Pengetua, Tn. Hj. Zolkaply Bin Yunus serta telah dihadiri oleh GPK HEM, En. Zaid Bin Taib, Ketua Warden, En. Ghazali Bin Husain dan Warden, Cik Nor Hanani Bt Ibrahim. Majlis tersebut telah berakhir pada 11.30 pagi. 

pelajar baru kusyuk mendengar arahan daripada exco

semangat untuk aktiviti

acara sukaneka



semangat berpasukan

ready with the BOM

simbah jangan tak simbah

semua kebasahan tapi enjoy




Antara yang hadir

Bacaan doa oleh exco agama

ucapan GPKHEM

Ucapan Tn Pengetua dan perasmian penutup




penyampaian hadiah

persembahan pelajar

persembahan dari kumpulan 2
pelajar ASPURI kusyuk mendengar amanat dari Tn. Pengetua


Tn. Pengetua bergambar kenangan bersama pelajar baru Tingkatan 1



MAJLIS PENUTUP MINGGU ORIENTASI

Majlis Penutup Minggu Orientasi Pelajar Tingkatan 1 Asrama Puteri SMKIS yang dirasmikan oleh Tuan Pengetua, Tn. Hj Zolkaply Bin Yunus akan diadakan pada SILA KLIK DI SINI

Thursday, 29 December 2011

PENDAFTARAN ASRAMA BAGI SESI 2012

Pelajar yang layak masuk asrama bagi sesi 2012 hendaklah melaporkan diri pada ketetapan berikut:

              TARIKH : 3 Januari 2012
              MASA    : 11.00 pg(bg pelajar ting. 1)  
                               2.00 ptg (bagi pelajar ting 2-5)
             TEMPAT : Perkarangan Asrama Puteri SMKIS

Pelajar yang gagal menghadirkan diri pada ketetapan berikut dianggap menolak tawaran dan tidak akan dipertimbangkan untuk kemasukan asrama sesi 2012. Sekian, harap maklum.

Monday, 12 December 2011

KEPUTUSAN PERMOHONAN KEMASUKAN ASRAMA

Kepada pelajar yang memohon asrama 2012. SILA KLIK DISINI untuk keputusan kelayakan asrama 2012.
Untuk menyemak nama pelajar tidak layak asrama 2012 SILA KLIK DISINI. Bersama dengan ini juga disertakan SURAT TERIMA MASUK ASRAMA dan anda boleh memuat turun surat tersebut untuk tindakan selanjutnya. Bagi pelajar yang permohonannya telah ditolak, anda boleh membuat rayuan seminggu selepas sesi pendaftaran asrama 2012. Sebarang rayuan mestilah berhubung terus dengan GPKHEM iaitu En.Zaid Bin Taib. Bagi murid yang ingin membuat permohonan baru bagi kemasukan asrama 2012, perlu berurusan dengan mana-mana Warden Asrama bagi mengambil borang permohonan. Sekian, harap maklum.